Sunday, 12 October 2014

PEMBAHAGIAN AGAMA




ž Terdapat dua jenis agama iaitu agama Samawi dan agama ciptaan manusia
ž AGAMA SAMAWI
      i.            Bersumberkan wahyu daripada Tuhan seperti agama Islam dan Kristian
ž AGAMA CIPTAAN MANUSIA
      i.            Diilhamkan dan dilahirkan oleh falsafah manusia dan ada kalanya oleh ahli fikir masyarakat
Perbezaan antara agama dan kepercayaan
ž AGAMA > bentuk hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa luarbiasa serta adanya kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kewujudan hukuman di atas perbuatan manusia.
ž KEPERCAYAAN > mempercayai akan sesuatu perkara dan ini dijelmakan dengan wujudnya pantang larang dan adat dalam masyarakat tersebut.tiada konsep hidup selepas mati serta pembalasan di atas perbuatan baik dan buruk.

PERANAN AGAMA TERHADAP MANUSIA
ž Agama ialah sumber untuk manusia mengadu tentang permasalahan kehidupan.
ž Antara peranan agama ialah :
a)   Asas pembentukan nilai murni
b)  Sumber undang-undang dan pemerintahan negara
c)   Identiti
d)  Kebudayaan dan kesenian
e)   Pembentukan tamadun
f)    Kewujudan semangat patriotisme
g)  Memupuk perpaduan dalam masyarakat

No comments:

Post a Comment